Bahasa Malaysia | English
1) Apakah maksud 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka'?
'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka' membolehkan anda memulangkan produk yang layak dalam tempoh Jaminan Shopee, dengan syarat barang tersebut tidak digunakan, tidak dibuka, dan masih dalam bungkusan asal.
2) Apakah itu Shopee Guarantee?
Shopee Guarantee melindungi pembeli dengan menahan pembayaran sementara kepada penjual sehingga mereka mengesahkan pesanan mereka telah dipenuhi dan memenuhi kepuasan mereka. Kira detik Shopee Guarantee bermula apabila status pesanan ditukar kepada ‘Dihantar’.
Rujuk sini untuk maklumat lanjut.
3) Bagaimanakah saya boleh mengenal pasti barangan yang layak untuk pulangan 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka'?

Barangan yang layak untuk ppulangan 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka' disenaraikan sebagai 15 Hari Pemulangan Percuma tanpa simbol berbentuk bintang (*) manakala barangan yang tidak layak akan disenaraikan sebagai 15 Hari Pemulangan Percuma*.
4) Apakah barang yang layak untuk alasan 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka'?
Fesyen, Gaya Hidup, Barangan Elektronik dan FMCG, kecuali:
- Barang mudah rosak
- Produk digital
- Produk terpilih dari kategori
- Produk kebersihan
Rujuk senarai produk yang tidak boleh dipulangkan di sini. 5) Bagaimana untuk membuat permintaan pemulangan/pemulangan wang atas alasan 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka'?
Langkah 1: Pilih tab 'Untuk Terima' di bawah 'Pembelian Saya' pada tab Saya
Langkah 2: Pilih pesanan yang anda ingin pulangkan
Langkah 3: Klik pada 'Permohonan Pulangan / Bayaran Balik'
Langkah 4: Pilih 'Saya telah menerima semua barang saya tetapi terdapat masalah'
Langkah 5: Pilih ‘Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka’ sebagai alasan.
Langkah 6: Klik butang 'Sah'
⚠️ Nota: Untuk pembelian tawaran bundle atau add-on, pembeli mesti memilih semua produk yang termasuk dalam tawaran tersebut. Hanya selepas itu, pilihan 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka' akan tersedia dalam senarai 'Sebab'.
6) Bagaimana untuk memastikan permintaan 'Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka' diterima?
- Label/tag/meterai asal tidak ditanggalkan.
- Produk di bawah Kategori Elektronik hendaklah TIDAK DIBUKA (meterai tidak dikoyak, diusik atau diubah) dan dalam KEADAAN BOLEH DIPERJUALBELI (iaitu, Produk TIDAK mempunyai tanda-tanda: penggunaan, kesan barang dipakai sepeti haus, lusuh dan kemik atau sebarang kerosakan) untuk dianggap layak untuk alasan pulangan ini.
- Produk dipulangkan dalam set/kuantiti lengkap.
- Nombor siri tidak ditanggalkan.
- Produk belum dipasang dan dinyahpasang (cth:’seal’ haba tidak ditanggalkan atau produk belum diasingkan).
- Produk tidak dikelaskan sebagai bahan berbahaya atau menggunakan cecair/gas mudah terbakar.
- Produk ini bukan produk khusus yang merangkumi:
- Kotak misteri, kotak jenama, kotak kejutan.
- Produk tempahan khas atau dibuat mengikut pesanan.
- Barangan maya (cth. e-baucar.)
- Logam berharga (cth. emas, perak, dsb.)
- Permata berharga (cth. berlian, zamrud, dsb.)
- Bunga segar dan tumbuhan hidup.
- Ia adalah produk yang Shopee anggap tidak boleh dikembalikan.
7) Adakah kos tambahan yang ditanggung semasa proses pemulangan?
Tiada kos tambahan akan dikenakan kepada pembeli. Kos penghantaran pemulangan akan ditanggung oleh penjual.
8) Berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan bayaran balik saya?
Tempoh proses pemulangan/bayaran balik akan bergantung pada jenis kaedah pembayaran anda:
- Bayaran menggunakan kad kredit/debit akan dikreditkan ke kad yang sama dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
- Bayaran melalui perbankan dalam talian akan dikreditkan semula kepada anda dalam tempoh 1-3 hari bekerja, manakala bayaran menggunakan ShopeePay dan tunai di kedai runcit akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dalam tempoh 24 jam.
9) Bagaimanakah cara saya menghantar bungkusan saya untuk pemulangan?
Anda mempunyai 2 hari untuk memilih pilihan penghantaran pemulangan setelah permohonan pulangan anda diluluskan dan 6 hari untuk menghantar bungkusan melalui:
- Penyerahan ke mana-mana cawangan Pos Laju atau SPX Express ATAU
- Khidmat Kutipan melalui SPX Express atau Flash Express untuk barangan berat
Rujuk di sini untuk maklumat lanjut. 10) Bagaimana untuk menyemak status pemulangan saya? Di bawah tab 'Untuk Diterima', pilih pesanan anda dan di bawah 'maklumat penghantaran' anda boleh menyemak status pemulangan anda. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. 11) Bolehkah saya membatalkan permohonan selepas mengemukakan permohonan pemulangan?
Anda boleh membatalkan permohonan pulangan anda dengan mengklik butang 'Batalkan Permohonan' di halaman tracking
12) Selain membuat pulangan, sebaliknya bolehkah saya menukar barang tersebut?
Hanya menerima permohonan pulangan/bayaran balik. Jika anda berminat untuk mendapatkan warna atau saiz lain, anda boleh membuat pesanan baharu selepas proses pemulangan selesai.
13) Bolehkan saya membuat permintaan pulangan / bayaran balik selepas memilih 'Pesanan Diterima'?
Ya. Anda boleh mengemukakan permohonan pulangan/bayaran balik dalam tempoh Jaminan Shopee.